Video: PM Umum Anugerah Sukarelawan Belia

PUCHONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan akan melaksanakan satu anugerah bagi menghargai sukarelawan di Malaysia khususnya kepada golongan belia.

 

Menurut beliau, anugerah yang dinamakan Volunteer Malaysia Award ini diharap dapat membantu sukarelawan di masa hadapan.

 

“Saya nak umumkan, kita nak buat Malaysia Volunteer Award yang ada 3 kategori iaitu Bronze, Silver dan gold.

 

“Bila kita dapat award ini, harap-harap adalah nilai misalnya sekiranya nak masuk univerisiti ke, nak dapat pekerjaan ke, nak masuk kerajaan ke, saya minta award ini diberikan kepada mereka yang dapat bukan sahaja kelulusan akedemik sahaja, tetapi ialah soal kepimpinan,” katanya ketika merasmikan iM4U Sentral di sini tadi.

 

 

Tambah beliau lagi, kerajaan memperkenalkan konsep iM4U kerana mahu melaksanakan satu program yang bersifat menyeluruh dalam satu gerakan massa yang mempunyai tarikan dan seterusnya mencetuskan semangat di kalangan belia agar dapat menyumbang kepada negara.

 

“Saya nak tegaskan kita lakukan ini kerana kita yakin pada orang muda, jika kita dapat mengembeleng tenaga kerana kita mahu belia kukuh jati dirinya dalam menempuh pancaroba di luar.

 

“Sekiranya kita percaya kita boleh berjaya, maka kita akan berjaya, kita mesti mencipta peluang kepada belia kerana sumbangan kita terlalu besar, duit ganjaran tidak boleh ganti sumbangan adik-adik kepada negara lebih-lebih lagi kepada diri sendiri,” ujarnya.

 

Pelancaran iM4U Sentral adalah sebahagian daripada sambutan iM4U Day, karnival untuk para pengunjung menerokai kemudahan di iM4U Sentral dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.