Pemandu Teksi Mogok Lagi

KUALA LUMPUR ― Sekitar 500 pemandu teksi mogok semalam, menghalang jalan dan menyebabkan kesesakan trafik semata-mata untuk membantah tawaran yang diberi aplikasi penumpang Grab, yang dahulunya dikenali sebagai MyTeksi.

 

Menurut akhbar The Malay Mail, para pemandu teksi memandu secara berkonvoi dan berkumpul di lokasi seperti KLCC, KL Sentral, Istana Budaya.

 

Malah mereka turut meletakkan teksi di tepi jalan sepanjang Jalan Tun Razak berdekatan ibupejabat Tabung Haji, lalu menghalang sekurang-kurangnya dua lorong.

 

Para pemandu tersebut tidak puas hati dengan promosi RM1 oleh Grab selama seminggu sejak Khamis, di mana para penumpang cuma perlu membayar RM1 untuk 5km pertama.

 

Baru hujung tahun lepas, pemandu teksi mogok di Jalan Bukit Bintang berdekatan pusat beli-belah Pavilion dan menghalang dua daripada tiga lorong, menyebabkan trafik tersekat. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.