Video: ‘Deklarasi TunM-Kit Siang’ Anjuran Anak Muda Gagal Dapat Sambutan

KUALA LUMPUR – Program ‘Deklarasi Mahathir – Lim Kit Siang’ anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan petang tadi, Sabtu.

 

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

 

 

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

 

Dalam setiap ucapan yang disampaikan, mereka yang hadir turut merayu golongan belia untuk menandatangani deklarasi tersebut sambil menjelaskan sambutan yang diterima setakat ini tidak begitu menggalakkan.

 

Tun Dr Mahathir Mohammad pada 4 Mac lalu mengetuai majlis menandatangani deklarasi tersebut bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan 50 orang pimpinan parti pembangkang. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.