Chong Wei Mara Final Terbuka Malaysia Celcom Axiata

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran ke-11 Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2016 selepas mengesahkan slot ke pentas final, di sini, sebentar tadi.

 

Tampil sebagai pilihan kedua kejohanan, Chong Wei tidak berdepan masalah menewaskan pemain Denmark, Jan O Jorgensen 21-7, 21-14 dalam aksi separuh akhir di Stadium Malawati Shah Alam.

 

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan menentang bintang sensasi China, Chen Long di pentas final esok.

 

Juara dunia dua kali, Chen Long mara selepas menewaskan pemain muda Indonesia, Christie Jonatan 8-21, 21-19, 21-14.

 

Kali terakhir Chong Wei menentang Chen Long adalah pada Terbuka Hong Kong, November lalu dengan pemain negara itu mencatat kemenangan 13-21, 21-19, 21-15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.