Wanita UMNO Akan Terus Beri Sokongan Pada Presiden

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO seluruh negara teguh bersama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian penegasan yang dibuat Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam program yang diadakan atas inisiatif dan permintaan ahli Pergerakan Wanita UMNO.

 

“Wanita UMNO sebagai tulang belakang UMNO akan ambil kesempatan ini untuk menggesa PM untuk teruskan cara pentadbiran beliau” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

 

Menurut Sharizat lagi Perdana Menteri telah menjawab semua isu yang dibangkitkan.

 

“PM dah menjawab satu persatu isu yang dibangkitkan, kami wanita akan minta agar PM terus menjawab segala isu yg dibangkitkan kerana tiada sebarang isu yang ingin disembunyikan.

 

“Kami sebulat suara mewakili 1.3 juta ahli wanita seluruh Malaysia, kita akan bersama PM selaku Presiden UMNO merangkap PM Malaysia” katanya lagi.

 

Beliau turut menjelaskan Wanita UMNO akan terus memberi sokongan dan kesetian kepada Presiden parti kerana ia merupakan etika penting dalam isu kepimpinan.

 

“Jawatan Presiden satu isu yang sangat penting kerana tak ada dalam sejarah UMNO ahli tidak sokong Presiden.

 

“Kekuatan UMNO datang dari sokongan dan kesetiaan (ahli)  UMNO seperti kami (yang) bawa kestabilan dalam parti… (Datuk Seri Najib) baru tahun ke-6 dan (beliau) wajar diberi peluang untuk terus memimpin” ujarnya.

 

Dalam perkembangan sebelumnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di Jakarta turut menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri dan meminta Tun Dr Mahathir memberi peluang kepada Najib untuk mengurus pentadbiran negara mengikut cara sendiri. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.