Video: ‘Sebagai Isteri Saya Sedih’

Kuala Lumpur – Seorang isteri melahirkan kecewa dan sedih apabila membaca komen-komen negatif yang di lemparkan kepada suaminya.

 

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ziana (bukan nama sebenar) itu berkata, tindakan beliau berkongsi rakaman kecurian yang berlaku di permis tempat suaminya bekerja itu pada asalnya bertujuan untuk mendidik masyarakat kerana kasihan dengan suaminya.

 

“Tak ada la, saya cuma terkejut lepas posting tu macam-macam komen negatif, yang penting niat saya cuma nak share (kongsi) dan kesian dekat suami.

 

 

“Saya sebagai seorang isteri sedih sangat bila orang komen, kenapa suami tak belajar tinggi dan (hanya) mampu kerja macam itu” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Ziana sebelum ini memuatnaik rakaman video yang diambil dari CCTV, memaparkan seorang lelaki yang mencuri dipermis di tempat kerja suaminya bekerja.

 

Tindakan tersebut kemudianya dikongsi oleh rakan-rakannya.

 

“Kes kecurian yang berlaku di sebuah kedai cermin mata di Sunway Pyramid tempat suaminya bekerja.. 6 pasang cermin Ray Ban folding hilang (dan) kepada semua pekerja berhati-hati.

 

“Yang duduk itu pelanggan, dia tengah tunggu spek dia siap sebab rabun” ujar salah seorang pengendali laman Facebook yang memuat naik rakaman tersebut.

 

Menurutnya ketika kejadian tersebut suaminya sedang sibuk melayan seorang lagi pelanggan yang sedang rabun.

 

Beliau berkata disebabkan kejadian itu suaminya terpaksa membayar ganti rugi.

 

Ziana turut melahirkan rasa kesal atas tuduhan yang dilemparkan tanpa usul periksa itu.

 

“Adoi hai, kesian mentaliti masyarakat sekarang mudah nilai orang dengan sekelip mata tanpa usul periksa.

 

“Hope my hubby dapat sihat kembali,kuat dan happy, semoga dipermudahkan segalanya” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.