Video: Monoloque Dituduh Hina Gambar Agong

Kuala Lumpur – Vokalis kumpulan Monoloque, Khairil Ridzwan Annuar atau lebih dikenali sebagai Locque mencetuskan kontroversi apabila meletakkan imejnya seperti Yang di-Pertuan Agong pada matawang ringgit di kulit single terbaharunya.

 

Bekas lead gitar, kunpulan Butterfingers itu menerima pelbagai kecaman apabila memuat naik gambar tersebut di laman Instagramnya, Loque, @antiloque.

 

Menurut portal Free Malaysia Today, ada segelintir pengikut Instagramnya turut menyampaikan rasa kurang puas hati kepada Loque kerana dikatakan tidak sensitif dengan meletakkan gambarnya seperti Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Negara.

 

 

Walau bagaimanapun SuaraTV gagal mengesan komen-komen yang mengecam itu dan dipercayai telah dibuang oleh pengendali laman sosial tersebut.

 

Mengikut jadual, single terbaharunya berjudul ‘Ringgit’, akan dipasarkan pada 13 April ini adalah album kedua kumpulan berkenaan.

 

Berdasarkan rakaman video klip yang berdurasi 30 saat itu dia meluahkan keluhan terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.