Pembuli Guna Gergaji Elektrik Takutkan Mangsa

CANADA – Seorang ibu berjaya merakam tindakan seorang pembuli jalan raya menakut-nakutkan keluarga menggunakan sebuah gergaji elektrik, 6 April lepas.

 

Menurut Dailystar.uk, Karine Cyr dan suaminya, Alexandre bersama dua orang anak mereka menyedari sebuah kereta dipandu bersimpang-siur dan bertindak merakam aksi berkenaan.

 

Selepas berhenti di sebuah jalan mati, Karine dan Alexandre kemudian diserbu pembuli berkenaan yang membawa sebuah gergaji elektrik.

 

Polis kemudian menahan seorang lelaki berumur 37 tahun di Saint-Jerome berdasarkan nombor pendaftaran yang diberikan oleh Karine. – Sinar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.