Jackie Chan Turun Kuching Sabtu Ini

Kuching – Superstar filem aksi Hollywood Datuk Jackie Chan akan bertemu peminat pada 4.30 petang Sabtu ini, di Bangunan Mahkamah Lama di sini, dan bukannya esok seperti dilapor media hari ini.

 

Ini disahkan oleh pengarah festival Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015, Livan Tajang apabila dihubungi Bernama di sini hari ini.

 

Beliau berkata Chan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 8.30 malam esok.

 

Sebelum bertemu peminatnya, pelakon itu akan mengadakan sidang akhbar selama 20 minit, katanya.

 

“Ini merupakan penampilan rasmi Chan bersama orang ramai kerana beliau bercadang untuk menghabiskan cutinya, menikmati keindahan Kuching,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.