Isteri Bung Mokhtar Dikecam Kerana Berpakaian Seksi

Kuala Lmpur – Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar, mendapat kecaman di laman sosial selepas dikatakan berpakaian seksi pada majlis anugerah hiburan, Ahad lalu.

 

Zizie Ezette yang juga seorang selebriti telah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati berpakaian kerana suaminya seorang ahli politik terkenal.

 

Tinjauan terhadap beberapa blog hiburan mendapati, sebahagian besar komen menyatakan rasa tidak puas hati dengan ‘keberaniannya’ mengenakan gaun yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

 

Ada juga komen yang mendakwa Zizie tidak lagi sesuai memakai pakaian ketat kerana badan wanita itu semakin berisi.

 

“Pakai la korset!. Nampak lubang pusat oii,” tulis seorang pengguna yang hanya menggunakan nama Anonymous seperti dilaporkan portal beautifulnara.com.

 

“Zize memang cantik n gebu je dr dulu. Mmg la badan dia berisi tp still cantik pd aku..Cuma pkaian je x brp nk sesuai sbb nmpak semua..hihi,” komen cik x gebu yang dilaporkan portal itu lagi.

 

Keseksian pakaian pelakon itu turut membawa kepada kritikan berbaur lucah di laman sosial.

 

“body dah mcm badan mak dia….lol dah kawin dgn si kaya beli la pil pelangsing sis ataupun masuk spa lilit badan dgn rempah kasi bakar lemak tepu. body dah mcm kena lanyak wei. dah x solid. nampak pusat pulak tu…adoi,” komen seorang pengguna yang menggunakan nama Senak seperti dilaporkan portal Rotikaya.com

 

Namun, ada juga yang memberi nasihat supaya Zizie menutup aurat dan menjadi Muslimah yang patuh dengan syariat Islam.

 

“Semoga Zizie akan MENDAPAT rahmat Allah dan terbuka hati dan terpancar iman sebagai Muslimah, menuruti perintah dan syariat Allah untuk menutup aurat secara total dan sempurna,” tulis Mawar.

 

Zizie dan Bung Mokhtar berkahwin pada Disember 2009 tetapi perkahwinan itu menimbulkan kontroversi selepas pasangan berkenaan menafikan dakwaan.

 

Akhirnya mereka mengaku telah berkahwin selepas diasak pihak media.

 

Kedua-dua mereka kemudian didenda RM500 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Bung Mokhtar mengaku salah kerana berpoligami tanpa kebenaran manakala Zizie berkahwin tanpa kebenaran.

 

Bung Mokhtar terkenal sebagai Ahli Parlimen yang sangat lantang bersuara dan pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi termasuk membuat kenyataan seksis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang dikatakan berpakaian tidak sesuai ketika hadir di Dewan Rakyat.

 

Bung Mokhtar menjadi Ahli Parlimen UMNO selama empat penggal sejak 1999.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.