Cuci Masjid 1 Semenanjung Dapat Perhatian Masyarakat Cina, India

SHAH ALAM – “Kami pernah menerima sumbangan dari bangsa India yang kagum dengan semangat kami, dan ada bangsa Cina yang melaungkan kata-kata ‘Malaysia Boleh’, sambutan semua bangsa membuktikan mereka berbangga dengan perjalanan kami.”

 

Demikian respon jurucakap ‘geng cuci masjid’ Annas Aiman Jaffry, 27, yang menceritakan mengenai warna-warna perjalanan mereka serta perhatian masyarakat  sepanjang kembara mereka untuk mencuci masjid.

 

Jelasnya lagi, sejak kembara mereka bermula, mereka telah berjalan sejauh 764 kilimoter  setakat semalam.

 

“Kami sekarang berada di Masjid Kampung Beris, Kemaman, masjid yang ke-41, semalam dan adalah hari yang ke-75. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

 

Sementara itu, ketika ditanya adakah kembara mereka akan mencapai sasaran, Anas berkata Insya-ALLAH ‘target’ itu akan tercapai.

 

“InsyaALLAH akan tercapai,” katanya.

 

Anas dan gengnya iaitu adiknya, Muhammad Aidil, 24, dan rakan mereka Hizamuddin Aliddin, 25, telah bertekad untuk berjalan kaki ke seluruh negara dengan niat untuk membersih masjid-masjid terpilih sepanjang perjalanan mereka itu.

 

Mengikut perancangan, dalam tempoh enam bulan pengembaraan, sebanyak 132 masjid di seluruh negara akan mereka kunjungi bagi tujuan itu.

 

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, mereka yang sebelum ini bekerja masing-masing sebagai penyelia stor dan pengawal keselamatan, sanggup meletak jawatan demi untuk merealisasikan hasrat itu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.