BN Johor Sokong Kepimpinan Najib Disebalik Kritikan Dr Mahathir

KULAIJAYA – Barisan Nasional (BN) Johor menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk mengetuai kerajaan Persekutuan.



Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi BN negeri berkata, Johor memberi sokongan penuh kepada Najib disebalik kritikan yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

 

Beliau berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir mengkritik pentabdiran Najib.

 

“Dr Mahathir tetap Dr Mahathir. Ada masanya beliau seperti ‘datang bulan’,” kata Khaled kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Heraeus Materials (M) Sdn Bhd di I-Park @Indahpura di sini, Khamis.

 

Khaled berkata Dr Mahathir juga pernah mengkritik beliau ketika mencadangkan pembentangan Enakmen Lembaga Perumahan dan Harta Tanah Johor 2014 di sidang Dewan Undangan Negeri.

 

“Najib telah memberikan penjelasan kepada Kabinet dan betemu dengan rakyat bagi menjawab kritikan yang dilemparkan oleh Dr Mahathir dan rakyat Malaysia masih lagi yakin terhadap kepimpinan beliau,” kata Khaled. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.