ADUN Tronoh Hina Sultan Perak: NGO Fail Saman

Kuala Lumpur – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Organisasi Penggerak Sosial dan Minda Nambikkai akan memfailkan saman terhadap ADUN Tronoh, Yong Choo Kiong ekoran tindakan biadap wakil rakyat itu menghina Sultan Perak ketika perbahasan DUN baru-baru ini.

 

Presidennya, Kalai Vanar berkata, saman itu akan difailkan di Mahkamah Perak, minggu hadapan.

 

 

“Pada minggu hadapan, saya akan failkan petisyen untuk menyaman ADUN Tronoh terhadap penganiayaan yang dilakukan sebab mereka telah mencabar undang-undang dalam negara.

 

“Jadi kita semua tidak boleh terima perilakuan sebegitu, ADUN adalah wakil rakyat yang diberikan mandat untuk menjalankan tugas mereka tetapi mereka tidak menjalankan tugas sebaliknya hanya menjadikan Dewan Undangan Negeri sebagai sarkas,” katanya kepada pemberita.

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di luar bangunan Parlimen.

 

Kalai berkata, baru-baru ini Yong telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bermoral ketika berbahas pada sidang DUN Perak baru-baru ini.

 

Bukan hanya Yong, ADUN-ADUN pembangkang ketika itu mengundang kritikan banyak pihak kerana bertindak memakai pakaian serba hitam pada hari perasmian DUN negeri itu, walaupun ia dihadiri Sultan Nazrin Shah.

 

Tindakan pembangkang berpakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

 

“Apabila terjadi perkara ini (mereka berkabung memakai pakai baju hitam), Sultan pun murka, dan keesokannya pula hari Rabu, apabila ADUN Slim berbahas isu ini, ADUN Tronoh, wakil daripada DAP telah menghina dengan perkataan “Celaka punya you punya Tunku, Tunku you punya Raja kah” Ini ayat sangat menghina intsitusi Diraja.

 

“Maka kami Nambikkai telah membuat satu laporan polis di Dang Wangi dan belum pernah atau NGO individu menyaman mana-mana ADUN dalam isu menghina,” katanya.

 

Sehubungan itu, beliau mahu ADUN tersebut dikenakan tindakan mahkamah bagi menjadikan ianya sebagai satu pengajaran sekaligus mempertahankan Institusi Diraja.

 

“Sekarang kita mahu saman ADUN Tronoh itu supaya diambil tindakan, dilucutkan jawatan ADUNnya itu dan pada PRU akan datang, menjadi satu ajaran kepada mana-mana pihak yang menghina sultan tidak boleh dicalonkan untuk menjadi wakil rakyat.

 

“Apabila dia dijatuhkan hukum, maka dia tidak boleh dicalonkan lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.