Bom Meletup, 13 Maut 40 Cedera

Sibi: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera apabila sebutir bom meletup di dalam kereta api di Baluchistan, wilayah barat laut Pakistan semalam, kata pegawai.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini, namun seorang menteri kanan Pakistan, berkata ia mungkin mempunyai kaitan dengan operasi besar-besaran menggempur pemisah yang bermula semalam.

Kereta api dikenali sebagai Jaffar Express, memberi perkhidmatan harian meliputi perjalanan sejauh 1,460 kilometer dari Rawalpindi di Punjab ke Quetta.

Letupan berlaku selepas sebuah kereta api yang penuh sesak berhenti di stesen kereta api Sibi kira-kira 160 kilometer ke selatan Quetta untuk menurunkan penumpang.

Pegawai kanan polis tempatan, Mohammad Nazar berkata, dua gerabak terbakar serta merta sejurus letupan dan dipenuhi asap, manakala penumpang, sebahagiannya terbakar, menjerit dan bersesak-sesak untuk menyelamatkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.