KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilaporkan telah ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita popular.
Menurut laporan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), penangkapan dilakukan di sebuah kondominium mewah awal pagi tadi.
Pelakon dan penyanyi yang juga berstatus suami kepada penyanyi terkenal itu sedang sibuk melakukan penggambaran sebuah drama bersama pelakon wanita terbabit.
Operasi dijalankan pada 10.30 malam dan pihak penguatkuasa terpaksa menunggu selama 3 jam sebelum Aliff memberi kerjasama untuk membuka pintu rumah.
“ Pihak JAWI terpaksa hubungi bomba kerana Aliff tidak mahu membuka pintu rumah akhirnya Aliff akur selepas dimaklumkan pintu rumah tersebut akan dipecahkan jika mereka tidak memberikan kerjasama.
”Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.
”Aliff dan pelakon wanita itu dibawa ke pejabat JAWI menaiki sebuah kenderaan untuk tindakan selanjutnya,” kata laporan itu.
Terdahulu lapor Harian Metro, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu.