Bawa Ke Parlimen Kalau Nak Pinda Akta Pertubuhan 1966, Zahid Beritahu Jika Ada Tak Puas Hati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sekiranya ada pihak mahu Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) dipinda ia perlu diserahkan kembali ke Parlimen.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) diluluskan oleh Parlimen dan sekiranya ada pihak mahu ia dipinda, perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada Parlimen.

“Kalau ada tak setuju, kena tengok balik dalam Akta Pertubuhan 1966. Itu adalah satu akta dan ia diluluskan oleh Parlimen. Maka kita serahkan balik kepada Parlimen kalau mahu akta itu dipinda,” katanya malam tadi di Shah Alam.

Beliau sebelum itu hadir majlis pengenalan calon-calon naib presiden, Majlis Kerja Tertinggi dan EXCO sayap-sayap parti peringkat Selangor.

Turut hadir, Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Media melaporkan, Zahid mengulas video bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi pengecualian kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung pemilihan parti itu.

Semalam, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno menyifatkan kenyataan dikeluarkan Saifuddin Nasution untuk menggunakan kuasanya dalam pengecualian undang-undang terhadap Umno menunjukkan parti itu ternyata melanggar Akta Pertubuhan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, sekiranya Umno tidak melanggar akta berkenaan, sepatutnya Saifuddin tidak perlu menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan parti politik berkenaan.

Katanya lagi, walaupun kenyataan Saifuddin Nasution itu tidak menyatakan secara terperinci kesalahan dilakukan Umno, perkara itu dengan jelas dinyatakan dalam satu surat ditularkan diberikan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kepada Umno bahawa parti itu sudah melanggar Perlembagaannya.

Dalam perkembangan lain, Zahid ketika ditanya mengenai kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), berkata Umno akan mengadakan perbincangan secara dalaman selama tiga hari, bermula malam tadi di setiap negeri yang terlibat.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat