Isu Isytihar Perang, Mat Sabu Tampil Pertahan Lim Guan Eng

SHAH ALAM – Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung ‘pengisytiharan perang’ mungkin merujuk kepada perang politik.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu atau mesra dengan panggilan Mat Sabu, bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui lebih lanjut berhubung kenyataan Guan Eng itu seperti yang dikeluarkan sebuah portal tempatan.

“Saya kena periksa dahulu apa Guan Eng cakap dalam kenyataannya dan serahkan kepadanya.

“Tetapi, apa yang dikatakannya kita pun tidak dengar dan akan minta penjelasan.

“Saya tidak ikuti apa kenyataannya. Guan Eng mengatakan perang politik, macam kita isytihar perang rasuah dalam politik,” katanya pada sidang media selepas hadir ke Bicara Minda bersama Menteri Pertahanan di sini, semalam.

Berita Berkaitan;-

DAP Bimbang Kerjasama UMNO, PAS Bakal Gugat PH – Dr Teo Kok Seong

Kenyataan Lim Guan Eng Menghasut, Bakar Kebencian Kaum – Wee Ka Siong

UMNO dan PAS Bekerjasama, Kenapa DAP Pula Yang Melatah?

Kenyataan Lim Guan Eng Dikhuatiri Cetus Porak-Peranda, Malapetaka – Veteran DAP

MCA, MIC Kekal Komponen BN, Sokong Kerjasama UMNO dan PAS – Tok Mat

Kelmarin, sebuah portal memetik kenyataan Menteri Kewangan itu yang menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu.

Bagaimanapun, Guan Eng selepas itu mengubah kenyataannya dan frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’.

Berikutan itu, beberapa pihak membuat laporan polis selepas melihat kenyataan itu berbaur hasutan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.