Wanita Awet Muda Bikin Netizen Terpesona

Bolehkah anda meneka usia sebenar wanita yang bergaya ini? Mungkin ada yang mengagak usianya dalam lingkungan 30-an. Jika ya, jawapan anda salah kerana Xu Min, yang berasal dari China ini sudah berusia 50 tahun.

Rahsia kepada awat muda itu ialah sering mencuci muka, rutin tidur awal dan minda yang tenang.

Xu, yang menetap di Yunnan ini digelar sebagai `kecantikan ajaib’ oleh majalah QQ.com di China.

Dia sentiasa bergaya walaupun ketika ke kedai untuk membeli barang. Setiap kali keluar Xu akan ditemani oleh anak perempuannya.

“Saya dan anak saya umpama sahabat, tiada perbezaan umur antara kami,” katanya yang kini menghabiskan masa dengan menulis jurnal.

Xu turut mengaku dia terpaksa mewarnakan rambutnya bagi menutup uban. Sementara suaminya, Huang, sentiasa berasa bangga setiap kali berjalan dengan isterinya.

“Isteri saya dilahirkan cantik dan dia menjaga kulitnya setiap hari dan akan tidur setiap malam pada pukul 9 malam,” kata Huang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.