Pembangkang Parti Politik Perosak Negara – Ramesh

KUALA LUMPUR – Parti-parti pembangkang di negara ini didakwa mengamalkan budaya politik tidak matang apabila menggunakan startegi merosakkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan hanya semata-mata untuk meraih kemenangan.

 

Dengan menjadikan contoh parti DAP, Presiden Minda Sosial Prihatin, Ramesh Rao dalam satu kenyataan yang dipetik dari sebuah laman portal berkata, parti itu menggunakan strategi memfitnah secara biadap apabila mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional.

 

“Selain dari itu, parti pembangkang juga merosakkan negara dengan cara menghancurkan perpaduan kaum majoriti dalam negara ini dengan sasaran jumlah pengundi dari bangsa itu akan berpecah mengundi parti berbeza biar pun daripada bangsa yang sama,” katanya.

 

Bekas ahli DAP itu berkata, parti itu juga sanggup memecah belahkan PAS melalui penajaan PasMa kononnya membantah kepimpinan ulama sekaligus menjadikan PAS berpecah dua apabila wujudnya parti AMANAH.

 

“Saya lihat mereka berhabis-habisan untuk mewujudkan kebencian dari rakyat kepada BN untuk menang lebih banyak lagi kerusi dan mungkin akhirnya berjaya menawan Putrajaya.

 

“Walaupun perkara yang dilaksanakan kerajaan itu adalah satu perkara yang baik, bagi mereka semua perkara akan dicari ruang kosong yang boleh dicipta persepsi supaya rakyat terus membenci kerajaan khususnya Najib,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut Ramesh berkata, parti itu perlu membantu penyokongnya mendapatkan hidup yang lebih baik namun, telah membiarkan rakyat menderita gara-gara permainan politik mereka untuk berebut kuasa daripada BN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.