Mayat ‘Pondan’ Dicampak Dari Tingkat Tiga Kondominium

SUBANG JAYA – Penghuni sebuah kondominium mewah di Subang Jaya terkejut apabila satu bungkusan disangkakan sampah yang dibuang dari tingkat atas, rupanya berisi mayat seorang ‘pondan’.

 

Kejadian pada jam 9 pagi Rabu itu disedari apabila bungkusan tersebut jatuh menembusi bumbung anjung sebelum tersembam ke kaki lima tingkat bawah bangunan.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, SAC Yahaya Ramli, mangsa lelaki yang berpakaian wanita itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga kondominium tersebut.

 

Berdasarkan keterangan daripada jiran tetangga, mereka terdengar bunyi bising pertengkaran sekitar jam 6 pagi, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

 

Ekoran daripada kejadian berkenaan, seorang lelaki warga Afrika ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.