KLCC Gempar Terima Ancaman Bom

KUALA LUMPUR – Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur  memaklumkan menerima panggilan daripada polis susulan panggilan  bom di  Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini, malam tadi.

 

Komander Operasi, PBT Fuad Omar berkata, pihaknya  menerima panggilan itu pada jam 7.11 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

 

Menurutnya, seramai 26 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) KLCC dan BBP Hang Tuah tiba kira-kira jam 7.29 petang bersama jentera  FRT-3, W.TANKER-1,TTL-1.

 

“Kami terima panggilan dari polis yang mohon bantuan ada panggilan bom di kawasan parking bawah tanah.

 

“Anggota telah diarahkan ke lokasi untuk bantuan polis,” katanya.

 

Sementara itu, bomba mengesahkan bahan letupan yang ditemui adalah bom. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.