Kerana Dr Mahathir Kami Dahulu Dihina – Pesara Polis

KUALA LUMPUR – Seorang pesara polis meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan bekas perdana menteri yang sanggup menkhianati prinsip yang dipertahankan selama ini hanya kerana kepentingan peribadi.

 

Beliau melalui surat yang dihantar melalui email SuaraTV menyifatkan tindakan Dr Mahathir telah menyebabkan semua perjuangan yang dilakukan oleh anggota polis ketika era reformasi dahulu adalah sia-sia.

 

Berikut adalah merupakan kiriman penuh beliau:

 

 

Luahan Hati Pesara Polis.

 

Saya bukanlah ahli mana-mana Parti Politik. Saya seorang Pesara Polis. Saat yang sukar semasa saya bertugas adalah dizaman Tun Mahatir menjadi Perdana Menteri. Saya dan rakan rakan lain (ada yang telah bersara dan ada yang masih bertugas) telah dikerahkan untuk bertugas siang malam pada setiap hujung minggu.

 

Tugasan kami menghalang ‘Kumpulan Reformasi’ dari berhimpun untuk menghuru-harakan keadaan negara. Semua pegawai dan anggota polis di setiap negeri telah dikerah untuk membantu Polis Kuala Lumpur manakala cuti polis di Kuala Lumpur pula telah dibekukan demi menjalankan tugas.

 

Pada ketika itu kumpulan ini yang dibantu oleh parti pembangkang berusaha untuk menghuru-harakan keadaan disamping untuk menjatuhkan PERDANA MENTERI yang pada ketika itu dipegang oleh Dr Mahathir.

 

Ketika itu kami diarahkan untuk bertugas setiap masa di tempat tumpuan seperti kawasan Tunku Abdul Rahman, Kampung, Baru, Padang Merdeka dan seluruh Kuala Lumpur dan berkampung di bawah khemah di kem Sungai Besi selama berbulan-bulan. Di bawah terikan matahari, kami telah diasak oleh kumpulan ini dari setiap sudut.

 

Ada yang telah meninggal-dunia (kalau tak silap saya) yang dicederakan, dipukul, diherdik, dicela sehingga dihina dengan panggilan ‘Anjing Mahathir’. Bekas Ketua Polis Negara pada ketika itu juga terperangkap dalam satu insiden sehingga menjejaskan kerjayanya. Hinggi kini kisah tersebut masih segar dalam ingatan kami.

 

Kami tidak kira siapa yang menjadi Perdana Menteri kerana apa yang penting keadaan negara sentiasa aman tenteram. Kami tidak minta sebarang balasan kerana kami puas dapat melakukan tugas yang diberikan dengan jayanya. Disebabkan itu juga negara dapat ditadbir dengan aman oleh Dr Mahathir yang kita sayangi dan tetap kekal sebagai Perdana Menteri sehinggalah beliau melepaskan jawatan tersebut dengan sendirinya. Kami terus menabur khidmat dibawah Perdana Menteri Pak Lah dan kini Datuk Seri Najib.

 

Kami juga tidak pernah kisah dengan keputusan Dr Mahathir untuk keluar daripada UMNO kerana kami tidak pernah terlibat dengan politik negara secara khusus. TETAPI apabila Dr Mahathir bersekongkol dengan mereka yang pernah cuba untuk menghuru-harakan keadaan suatu ketika dahulu, ia amat mengecewakan kami semua.

 

Ia membuktikan segala pengorbanan kami suatu ketika dahulu tidak berbaloi. Paling menyedihkan apabila semua yang kami perjuangkan dan pertahankan untuk beliau yang suatu ketika dahulu amat MEMBENCI dan MENOLAK Demokrasi Jalanan adalah sia-sia dan amat kami KESALKAN.

2 thoughts on “Kerana Dr Mahathir Kami Dahulu Dihina – Pesara Polis

  • March 9, 2016 at 12:42 pm
    Permalink

    Biaq pi kat dialah…. orang tua tu dah koi nyanyuklah…!!!

    Reply
  • June 21, 2016 at 8:38 am
    Permalink

    Admin. please remove gamba anwar diatas. ia membolehkan semangat anwar naik semula. bahaya kepada negara. tq

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.