Wanita Jerman Maut Menentang IS

Beirut – Seorang wanita warga Jerman yang berjuang bersama militia Kurdish, terbunuh dalam satu pertempuran dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

 

Menurut aktivis Syria dan pegawai Kurdish, Ivana Hoffman yang dilahirkan di Afrika Selatan dan mempunyai kewarganegaraan Jerman, terbunuh pada Sabtu lalu, ketika berjuang bersama Unit Perlindungan Rakyat Kurdish yang dikenali sebagai YPG.

 

Jurucakap YPG, Nawaf Khalil pada Isnin mengesahkan, Hoffman terbunuh berhampiran Kampung Tel Tamer, di Syria.

 

Hoffman adalah pejuang wanita asing pertama yang terbunuh, ketika berjuang bersama militia Kurdish untuk menentang IS.

 

Hoffman juga adalah ahli Parti Komunis Marxist-Leninist (MLKP), di Turki.

 

Presiden Parti Penyelesaian Kurdish di Iraq, Serdar Sitr dan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain turut mengesahkan kematian Hoffman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.