Video: Usaha Gadis Manis Selamatkan Mangsa Kemalangan, Mendapat Pujian

Bangkok – Tindakan pantas seorang gadis membantu penunggang motosikal yang cedera kerana terbabit dengan kemalangan di jalanraya, berjaya menarik perhatian pengguna media sosial di Thailand.

 

Dalam kejadian pada petang Isnin itu, mangsa dikatakan cedera setelah motosikalnya merempuh belakang sebuah kenderaan dalam satu insiden di Jalan Rama 9, Bangkok.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2iztqv

 

Kehadiran gadis ‘manis’ yang turut sama menghulurkan bantuan itu sempat dirakamkan oleh seorang saksi di tempat kejadian.

 

Mangsa dikatakan cedera parah apabila lehernya terhiris serpihan kaca dari kenderaan tersebut.

 

Disebabkan terlalu sibuk membantu mangsa yang mengalami pendarahan yang teruk, gadis tersebut dikatakan tidak menyedari akan lututnya yang turut cedera akibat terkena serpihan kaca yang bertaburan di atas jalan raya.

 

Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kagum dengan usaha yang dilakukan oleh gadis yang dikenali sebagai Praewa Mitrakul itu.

 

Praewa merupakan seorang pensyarah perubatan di Universiti Mahidol, Bangkok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.