Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Sekali Lagi

Pelakon filem Ngangkung, Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau dikenali E-Jump pada pagi Sabtu kira-kira pukul 4 pagi di USJ 1, Subang Jaya.

 

Kedua-dua mereka dikatakan ditangkap di kediaman  isteri E-jump, Nor Hasni. Malah hal itu telah disahkan sendiri oleh isteri E-jump.

 

“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata Nor Hasni.

 

Pada Disember tahun lalu, Putri Mardiana dan teman lelakinya telah ditangkap khalwat di sebuah kondo Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

 

Putri Mardiana bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut sambil mendakwa dirinya diperangkap oleh pihak yang kurang senang akan hubungannya dengan E-Jump. – Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.