PRK DUN Chempaka: Ahmad Fathan Muhammad Calon PAS

Pengkalan Chepa – Bendahari PAS Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Muhammad@Mahmood dipilih sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka.

 

Keputusan tersebut diumumkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Pusat Latihan Islam Kelantan (PUTIK), di sini, malam ini.

 

Ahmad Fathan, 42, yang kini berkhidmat sebagai imam di Masjid Baung dan merupakan timbalan pengetua Institut Dakwah Perkim.

 

Majlis pengumuman calon tersebut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan pemimpin PAS negeri.

 

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.

 

Nik Abdul Aziz mengekalkan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 dengan menewaskan Wan Razman Wan Abd Razak daripada Barisan Nasional dengan majoriti 6,500 undi.

 

Selain itu, Naib Presiden Perkasa Kelantan, Sharif Mahmood dan ahli UMNO Bahagian Tumpat, Fadzillah Hussin turut melahirkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas pada 22 Mac nanti.

 

Sebelum ini, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Kelantan berkata, empat borang percalonan telah dibeli.

 

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan pada Selasa nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.