Politik Kini Lebih Kronik – Osu Sukam

Kuala Lumur – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam berpendapat politik hari ini lebih banyak menimbulkan perpecahan.

 

Beliau berkata, soal berkenaan perpaduan dan politik dahulu tidak pernah seteruk yang dialami oleh negara seperti hari ini.

 

“Mungkin punca berlakunya perkara ini adalah pelbagai dan lebih daripada satu sebab. Tapi bagi saya, salah satu sebabnya adalah berkaitan kepimpinan dan siapa yang memimpin negara atau negeri.

 

“Pemimpin seharusnya tegas memupuk semua perkara-perkara kebaikan, rancangan toleransi kepada apa jua perkara yang boleh menyumbang kepada perpecahan,” katanya

 

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel program Dialog Politik dan Perpaduan di ibu negara hari ini. Turut serta dalam menjadi panel adalah Presiden Pemikir Tan Sri Abdul Aziz Yassin dan Timbalan Presiden Permikir Tan Sri Sabaruddin Chik.

 

Beliau turut memberikan contoh bahawa Kerajaan Sabah dan Sarawak yang dipimpin Barisan Nasional hari ini secara terangan tanpa berunding mempertikai royalti harga minyak yang diberikan kepada negeri tersebut.

 

“Tanpa segan silu. Malahan Sarawak membawa perkara ini ke Dewan Negeri. Inilah realitnya politik di mana dalam Barisan Nasional juga kita tidak boleh berbincang dan mencari jalan penyelesaian,” katanya.

 

Beliau turut menyatakan bahawa pada hari ini, telah wujud ‘suara-suara’ yang bersungut menyuarakan pandangan agar Sabah keluar daripada Malaysia.

 

Katanya, mereka itu dengan sengaja untuk menguji kekuatan kerajaan dan sehingga sanggup ditangkap oleh pihak berkuasa.

 

Beliau turut bependapat, jika kerajaan dapat pertahankan dengan berani, virus seperti ini dapat dibendung.

 

“Kalau diambil contoh dahulu, mereka (pemimpin lama) sentiasa tegas dan amanah. Ketegasan dan berani sudah tidak ada lagi sekarang ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.