PM Dapat Mandat Kukuh Dalam UMNO

Kuala Lumpur – Jangkaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tepat kerana mendapat sokongan daripada 160 Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara.

 

Bukan satu kejutan.

 

Perjumpaan bersama Ketua Bahagian UMNO yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah untuk mendengar penjelasan beberapa isu termasuk isu 1MDB yang melibatkan pelaburan yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menterinya.

 

Adalah jelas semua Ketua Bahagian ini tiada niat untuk mendesak Najib meletakkan jawatannya seperti yang dijangka beberapa pihak mengenai perjumpaan tersebut.

 

Jurucakap perjumpaan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan telah mengatur pertemuan tertutup itu bagi mendengar sendiri penjelasan daripada Presiden parti berhubung isu 1MDB.

 

Mereka berpuas hati dengan penjelasan dan penerangan yang dibuat Presiden.

 

Kini, dengan gambaran yang jelas berhubung isu 1MDB, mereka dapat memberi penjelasan kepada ahli UMNO lain serta membuat kenyataan bagi membalas semula dakwaan daripada musuh politik mengenai isu 1MBD.

 

Perkara yang paling penting kepada pimpinan bahagian ini apabila Najib memberi jaminan untuk tidak memberi sebarang perlindungan kepada pihak yang didapati menipu dalam operasi 1MDB yang dibebani hutang.

 

Pemimpin akar umbi dilihat bimbang apabila kritikan yang diterima bukan sahaja daripada pihak lawan tetapi juga daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menyokong Najib.

 

Najib memerlukan sokongan baru dalam menghadapi situasi persoalan kepimpinan beliau terutamanya dalam pemilihan parti yang dijadualkan tahun hadapan.

 

Menurut hasil kajian terkini oleh Merdeka Centre, kedudukan Najib ketika mula menjadi Perdana Menteri menjunam kepada 44 peratus pada Januari dan menjadikan ianya peratusan paling rendah.

 

Kedudukannya adalah 45 peratus pada Mei 2009 dan meningkat beberapa tahun dengan tertinggi mencapai 72 peratus pada Mei 2010.

 

Pengendalian dalam ekonomi dan hubungan kaum menjadi punca penurunan peratusan kajian yang dijalankan.

 

Kehadiran pimpinan pada perhimpunan tertutup itu tidak mencapai kehadian 100 peratus. Ianya hanya sekitar 160 daripada 191 pemimpin bahagian.

 

Majoriti pemimpin yang hadir masih mempunyai keyakinan terhadap Najib untuk menerajui UMNO dan negara.

 

Namun, walaupun penjelasan Sabri berhubung ketiadaan beberapa pemimpin UMNO disebabkan tugasan lain telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenai gerakan Mahathir (anti Najib) dalam UMNO.

 

Antara yang tidak hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai UMNO Bahagian Pagoh dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun.

 

Protes yang dikatakan telah wujud sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berhubung Najib dan lawannya Muhyiddin dalam UMNO, perkara tersebut hanya kekal sehingga kini.

 

Najib mendapat tekanan besar daripada pembangkang sejak menjadi Perdana Menteri, namun beliau masih kukuh kedudukannya sehingga PRU ke-14.

 

Kedudukannya akan tergugat sekiranya berlaku pemberontakan dalam UMNO.

 

Tidak syak lagi, Najib belum sedar ada pihak yang masih tidak berpuas hati dalam UMNO, namun perkara ini masih berada dalam kawalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.