Pilihan Selain Astro Bermula Jun 2015

Kisah siaran Astro yang sering kali terganggu ketika cuaca buruk seakan sudah menjadi benda biasa bagi pelanggan televisyen berbayar itu. Rungutan demi rungutan yang disuarakan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi.

 

Pengguna tiada pilihan, mahu tidak mahu terpaksa menerima hakikat tersebut meski pun membayar yuran langganan yang mahal dan Astro pula saban tahun terus menikmati laba keuntungan beratus juta ringit di sebalik kelemahan ketara itu.

 

Namun begitu berdasarkan perkembangan terbaru dari sumber yang boleh diyakini, sepertinya pelanggan sedia ada Astro bakal mempunyai pilihan lain dalam jangka waktu terdekat ini apabila program pendigitalan RTM giat dilaksanakan sekarang.

 

Program itu dikenali sebagai projek Angkasapuri Media City merupakan inisiatif untuk mentransformasi stesen penyiaran kerajaan yang akan membolehkan sistem penerimaan FTA format analog RTM digantikan secara automatik (Analogue-Switch-Off / ASO).

 

Dengan demikian siaran RTM akan disiarkan dalam format Penyiaran Televisyen Terrestial Digital (DTTB) di mana para pengguna akan mendapat 45 saluran tambahan berdefinisi tinggi (HD) dan 15 saluran definisi standard (SD).

 

Tiada sebarang kos tambahan yang perlu dibayar pengguna sebaliknya segala-galanya adalah percuma. Ia akan dipancarkan terus ke rumah melalui sambungan dekoder khas berharga RM200 yang akan dibekalkan oleh pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.

 

lebih menarik lagi, bermula Jun tahun ini hingga menjelang akhir 2017 seramai dua juta isi rumah yang menerima BR1M akan diberikan dekoder tersebut secara percuma.

 

Sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

 

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

 

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

 

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

6 thoughts on “Pilihan Selain Astro Bermula Jun 2015

  • March 10, 2015 at 7:18 am
    Permalink

    Ini berita gembira kepada mereka yang tak berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.. Besar kemungkinan Astro akan buat strategi menghadapi persaingan tersebut.. Ini suatu yang bagus..bila ada persaingan mereka akan berikan yang terbaik..

    Reply
  • March 10, 2015 at 6:34 pm
    Permalink

    Terima buat jutaan terima kasih kpda tan sri syed moktar yg iklas membntu untuk rakyat…selamat tinggal.astro yg keparat mkn duit rakyat terlampau…selamat tgl…skrg ni pun aku dah pakai unifi je kot dpt siaran free..nk tgk cerita pun itu je ulang2..meluat plk

    Reply
  • May 4, 2015 at 12:31 pm
    Permalink

    Terima kasih kepada tan sri syed mokhtar kerana memberi saluran tv percuma kepada rakyat malaysia di bawah naungan mytv broadcasting sdn shd wow 80 saluran tv dan 40 radio nak harap astro saluran sahaja banyak tapi tiap bulan kena bayar beratus ringgit

    Reply
  • August 20, 2015 at 10:05 am
    Permalink

    Kedai mana yang jual dekorder tu? Tak sabar le……

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.