Order Baru Dunia: Merupakan Janji Manis Barat – Dr Mahathir

Putrajaya – Order Baru Dunia atau New World Order (NWO) diperkenalkan kuasa Barat, yang mana negara miskin dan lemah tidak akan diberi peluang bersuara kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana berkata negara yang menyertainya akan tertakluk kepada syarat yang diwujudkan.

 

“Namun kita masih diberitahu ia (NWO) bagus untuk dunia dan juga golongan miskin dan lemah. Seperti biasa, janji manis.

 

“Sebelum ini kita diberitahu akan menikmati kebebasan dan keadilan, namun dengan cepat kita sedar kebebasan itu bersyarat,” katanya pada forum antarabangsa ‘Order Baru Dunia: Resepi Peperangan atau Keamanan’ di PICC, hari ini.

 

Katanya, sesetengah negara juga dipaksa menukar kerajaan supaya memihak kepada order berkenaan.

 

“Bagi membantu perubahan berlaku, calon yang diminati dikenal pasti, dana dan sokongan diberikan untuk menjatuhkan kerajaan.

 

“Kita selalu mengharapkan sesuatu yang baik akan datang daripada NWO, tetapi apa kita lihat hari ini tidak banyak memberikan harapan,” katanya lagi.

 

Malah, katanya, tekanan turut melibatkan sekatan bukan saja kepada negara yang tegas, tetapi juga negara yang menyertai perjanjian perkongsian ekonomi.

 

Katanya negara barata akan mengenal pasti calon yang sesuai dan akan diberikan dana serta sokongan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

 

“Kita selalu mengharapkan sesuatu yang baik akan datang daripada NWO, tetapi apa kita lihat hari ini tidak banyak memberikan harapan,” ujarnya pula.

 

Beliau turut mengambil contoh Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), bukan merupakan satu perjanjian perdagangan bebas kerana negara yang terlibat terpaksa mematuhi lebih banyak undang-undang dalam urus niaga berbanding sebelum menyertainya.

 

Bekas perdana menteri itu berkata TPPA juga mendedahkan negara yang menyertainya kepada tindakan saman oleh mahkamah antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.