Nurul Izzah Baca Ucapan Perbahasan, Ketua Pembangkang

Kuala Lumpur – “Saya akan bacakan ucapan Ketua Pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di dalam dewan esok”,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

 

Ucapan Ketua Pembangkang itu membahaskan titah DiRaja yang berlangsung esok di Dewan Rakyat.

 

“Saya tak nampak ada halangan untuk saya mewakilil beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar untuk membacakan ucapan Ketua Pembangkang.

 

“Saya tidak rasa ada masalah melainkan ada halangan politik lain yang tidak menginginkan perkara itu berlaku,” katanya ketika mengesahkan perkara berkenaan kepada wartawan lobi Parlimen.

 

Sementara itu beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berhenti berusaha untuk memastikan Anwar dapat menyertai sidang Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.

 

“Kita terus menerus berusaha agar beliau diberikan ruangan untuk hadir dalam sesi kali ini. Pada saya bila jelas beliau seorang tahanan politik berkait dengan permohonan agar Yang di-Pertuan Agong mengambil kira satu pelanggaran prinsip keadilan telah berlaku kita akan teruskan dengan apa juga cara sekali pun,” tegas beliau.

 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

 

Hukuman tersebut menyebabkan Ketua Umum PKR itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.