Mufti Perlis & Ustaz Kazim Elias Jadi Ahli Panel Forum Perdana

KANGAR – Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan penceramah terkenal Datuk Kazim Elias bakal bersama-sama menjadi ahli panel di pentas forum perdana yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.

 

Asri berkata, forum yang akan ditayangkan di TV Al-Hijrah Selasa ini akan membarisi beliau dan Ustaz Kazim serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi sebagai moderator.

 

Katanya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan ketiga-tiga mereka di sebuah restoran di sini, malam tadi.

 

Kazim berkata, pertemuan serta perbincangan yang dibuat itu juga memberi contoh kepada masyarakat Islam bahawa walaupun berbeza pendapat, umat Islam tidak seharusnya berpecah belah.

 

Katanya, perbincangan yang dilakukan dalam suasana harmoni itu mencerminkan Islam itu sendiri dan segala salah faham diselesaikan di meja perbincangan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.