Messi Catat Rekod Hatrik, Barca Teratas

BARCELONA kembali menguasai kedudukan teratas Liga Sepanyol selepas membelasah Rayo Callecano 6-1 dengan menyaksikan Lionel Messi melakukan hatrik terbaharu di Camp Nou.

 

Messi menjaringkan gol ketiga Barca melalui sepakan penalti pada minit ke-56, sebaik sahaja dilayangkan kad kuning kedua selepas melakukan terjahan kasar kepada Luis Suarez.

 

Bintang Barcelona itu kemudian menambah gol keempat dan kelima (m-63,68) sekaligus membawa pasukannya menguasai kedudukan teratas liga.

 

Manakala Suarez menjaringkan gol pembukaan pada minit kelima dan Pique meledak gol kedua sebaik sahaja babak kedua bermula (m-49).

 

Mesi kini mengumpul lebih 40 gol untuk Catalan dalam tempoh enam musim dan mencatat rekod 24 hatrik dalam aksi liga mengatasi penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (23). – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.