Lima Mati Ditikam Di Jepun

Osaka – Lima maut ditikam dalam beberapa serangan di sebuah bandar kecil, di barat Jepun, pada pagi Isnin.

 

Media melaporkan, mangsa-mangsa terbabit berusia dalam lingkungan 60 hingga 80 tahun dan tinggal di dua rumah di Bandar Sumoto yang terletak di Pulau Awaji, Wilayah Hyogo.

 

Menurut Timbalan Ketua Polis Bandar Sumoto, Keizo Okumoto, seorang lelaki berusia 40 tahun yang ditahan dikenali sebagai Tatsuhiko Hirano.

 

Dia adalah jiran kepada mangsa-mangsa berkenaan.

 

Motif serangan masih tidak diketahui.

 

Menurut Okumoto, insiden sedemikian amat jarang berlaku di Sumoto, sebuah bandar yang didiami 44,000 penduduk dan terkenal dengan hasil tanaman seperti bawang dan oren serta daging lembu Awaji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.