#KitaLawan Nik Nazmi Direman Tiga

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan reman selama tiga hari susulan penganjuran demonstrasi pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim hujung minggu lalu.

 

Nik Nazmi, yang juga exco pengajian tinggi Selangor, ditahan di balai Dang Wangi tengah hari semalam selepas hadir di situ untuk memberikan keterangan polis.

 

Sabtu lalu, kira-kira 10,000 penyokong pembangkang menganjurkan demonstrasi Kita Lawan dan berarak dari kompleks membeli-belah Sogo ke menara KLCC.

 

Selain mendesak pembebasan Anwar, mereka juga menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.