Kapal Terbang Solar Pertama Cipta Sejarah

Abu Dhabi – Percubaan pertama untuk terbang di seluruh dunia dengan kapal terbang yang hanya menggunakan hanya kuasa solar telah dilancarkan pada Isnin, di sini.

 

Dikenali dengan nama Solar Impulse 2, ia dikendalikan oleh Andre Borschberg dari Switzerland, berlepas pada 7.12 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Al-Bateen, menuju ke Muscar, ibu negara Oman.

 

Bertujuan untuk menggalakkan penggunaan tenaga hijau, kapal terbang tersebut dijangka akan mengambil masa lima bulan, melangkaui benua-benua dan merentasi kedua-dua lautan Pasifik dan Atlantik dalam proses tersebut.

 

Andre Borschberg, akan mengawal kapal terbang tersebut akan dibantu oleh rakannya, Bertrand Piccard yang juga dari Switzerland, lapor portal berita AFP.

 

Berdasarkan kepada rancangan awal, kapal terbang ini akan berhenti di pelbagai lokasi di seluruh dunia untuk berehat dan menjalankan penyelenggaraan.

 

Selain itu, mesej kempen mengenai teknologi hijau akan turut disebarkan kepada umum.

 

Sebelum berlepas, Borschberg memaklumkan kepada BBC News, “Saya yakin kami memiliki kapal terbang yang sangat istimewa dan ia akan membolehkan kami untuk merentasi lautan yang luas.”

 

“Kami mungkin perlu terbang selama lima hari, lima malam untuk merealisasikannya, dan ia akan menjadi satu cabaran.

 

Projek ini telah menetapkan beberapa rekod dunia untuk penerbangan solar, termasuk membuat transit berprofil tinggi dari Amerika Syarikat pada tahun 2013.

 

Tetapi mengelilingi dunia adalah adalah lebih dramatik dan menakutkan, dan mereka memerlukan pembinaan kapal terbang yang lebih besar daripada prototaip, Solar Impulse-1.

 

Model baru ini mempunyai lebar sayap 72 meter, yang lebih lebar daripada kapal terbang Jumbo 747, namun ia mempunyai berat hanya sekitar 2.3 tan.

 

Faktor berat kapal terbang ini akan menjadi kritikal bagi memastikan projek mereka berjaya.

 

Selain itu, prestasi 17,000 sel solar yang melapisi bahagian atas sayap, dan tenaga bateri lithium-ion yang padat itu akan digunakan untuk mengekalkan kapal terbang itu terbang pada waktu malam.

 

Piccard dan Borschberg, sesiapa sahaja yang mengawal perlu sentiasa berwaspada untuk hampir setiap masa mereka berada di udara.

 

Mereka hanya dibenarkan tidur sekitar 20 minit, selain perlu bertahan dengan ketidakselesaan fizikal di kokpit yang sempit, dengan keluasan hanya sekitar 3.8 meter padu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.