Isteri Farid Kamil, Diana Danielle Beraksi Ghairah Dalam Majalah

Kuala Lumpur – Seorang pelakon perempuan mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi dalam edisi terbaru majalah Esquire Malaysia.

 

Dalam majalah keluaran bulan Mac itu, Diana Danielle bertindak berani apabila hanya memakai coli dan menutupi bahagian badannya dengan bendera.

 

Malah bukan itu sahaja, beliau turut memberikan beberapa ‘pose’ ghairah untuk majalah itu.

 

Melalui temubual bersama majalah tersebut, Diana banyak bercerita mengenai bagaimana permulaan kariernya di mana dia lebih selesa untuk memilih karya yang berkualiti dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.

 

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa.

 

“Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” jelasnya lagi sambil memberitahu dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti dan hanya mementingkan hasil kerja yang terbaik.

 

Malah dalam masa yang sama juga Diana berkongsi kisah kesukaran hidupnya sehingga ada satu ketika, ibunya, Norsiah Ramli, terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan.

 

“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling,” jelasnya sambil mengakui dia sebenarnya sangat berminat untuk bergelar penyanyi.

 

Diana merupakan isteri kepada pengarah dan pelakon popular Farid Kamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.