Ibu Dibunuh Di Australia Ketika Telefon Suami Di India

Sydney – Seorang ibu telah ditikam hingga mati di sebuah taman di Sydney, dalam satu serangan kejam semasa bercakap melalui telefon dengan suaminya di India.

 

Prabha Arun Kumar, 41, telah ditikam ketika dia mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumahnya yang melalui Parramatta Park di barat bandar ini kira-kira 9.30 malam, Sabtu.

 

“Dia menikam saya, sayang,” katanya kepada suaminya Arun Kumar, lapor Sydney The Daily Telegraph.

 

Sebaik sahaja kata-kata terakhir itu, perbualan telefon antara suami isteri itu terus terputus.

 

Wanita itu ditemui oleh penduduk sekitar tidak lama selepas kejadian dan terus dikejarkan ke hospital.

 

Tetapi, ibu malang itu telah kehilangan terlalu banyak darah dan doktor tidak dapat menyelamatkannya.

 

Kejadian tersebut berlaku hanya kira-kira 300 meter dari rumahnya.

 

“Ia adalah serangan ngeri tanpa yang di luar imaginasi biasa,” kata Penguasa Polis, Wayne Cox.

 

Suaminya terus mengambil penerbangan ke Australia dari India, di mana dia dan anak perempuan berusia sembilan tahun tinggal, selepas serangan itu.

 

Bagaimanapun, suami dan anaknya hanya dimaklumkan isterinya telah meninggal dunia, sejurus tiba.

 

“Oleh kerana dia selalu pulang kerja lewat, dia sering serba salah untuk meminta bantuan,” kata rakan serumah yang dikenali sebagai Sarada, kepada The Daily Telegraph.

 

Sarada berkata beliau telah berulang kali memberi amaran kepada rakannya tidak berjalan melalui taman itu pada waktu malam.

 

“Saya tidak tahu bagaimana saya akan menghadapi suaminya. Dia sangat dekat dengan suaminya dan anaknya.

 

“Dia menelefon mereka setiap hari, sebaik sahaja dia selesai kerja dia akan menelefon suaminya dan terus berborak. Dia mempunyai keluarga yang baik.”

 

Polis telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat pembunuhan itu tetapi tiada tangkapan setakat ini telah dibuat. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.