Ibu Bapa Kate Middleton Halang Putera Charles Jumpa Cucu

Kuala Lumpur – Dua tahun lalu, kelahiran Prince George of Cambridge, George Alexander Louis digambarkan sebagai detik yang cukup unik kehidupan dunia oleh datuknya, Putera Charles juga Prince of Wales.

 

Kelahiran George memberi keceriaan tidak terhingga buat keluarga Diraja di Istana Buckingham.

 

Namun baru-baru ini Putera Charles meluahkan rasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk bertemu dan menghabiskan masa bersama cucu kesayangannya itu.

 

Menurut Putera Charles, si kecil George lebih banyak menghabiskan masa bersama ayah dan ibu Kate Middleton. Tidak hairan jika tiada foto mesra Charles bersama cucu kesayangannya itu kerana tidak berpeluang untuk bertemu George.

 

Lebih mengecewakan, Charles turut merungut kepada teman rapatnya mengaku ibu dan bapa Kate tidak memberi keizinan untuk bertemu cucunya itu yang kini sudah boleh berjalan.

 

“Carole (ibu Kate) kini yang banyak bersama George. Dia yang mengaturkan segalanya bermula dari waktu tidur, mandi dan makan. Carole menjaga George bagai menatang minyak penuh,” ujar sumber istana.

 

Berita tersebut semestinya megejutkan ramai pihak yang tidak George tidak pernah menghabiskan masa bersama Putera Charles. — Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.