Empat Maut Dalam Serangan Al-Qaeda

Aden – Sekurang-kurangnya dua militan dan dua tentera maut dalam satu serangan yang dilancarkan al-Qaeda ke atas sebuah pangkalan tentera di selatan Yaman, pada awal pagi Isnin.

 

Serangan ke atas pangkalan tentera di Mahfad, Wilayah Abyan itu adalah halangan kepada tentera Yaman yang berjuang bersama militia tempatan, mengusir al-Qaeda dari bandar-bandar, pada 2013.

 

Sumber-sumber tempatan memberitahu Reuters, peperangan masih berterusan dan pasukan tentera yang turut dibantu berpuluh-puluh “ahli jawatankuasa popular” bersenjata.

 

Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) yang merupakan satu daripada sayap paling aktif kumpulan militan global, berkembang menjadi lebih kuat, sejak kebangkitan rakyat di Timur Tengah, sebelum ia merebak ke Yaman pada 2011 dan menyebabkan perpecahan dalam pasukan tentera.

 

Perpecahan bertambah teruk, apabila pemberontak Houthi Syiah menawan Sana’a dengan sokongan sesetengah unit tentera, pada September lalu, sehingga menyebabkan Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi dan Menteri Pertahanan, Jeneral Mahmoud al-Subaihi terpaksa melarikan dan menubuhkan pentadbiran baru di Bandar Aden.

 

Washington dan Arab Saudi khuatir huru-hara itu akan meningkatkan serangan-serangan AQAP terhadap mereka dan memperkukuhkan peranan Iran, sekutu Houthi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.