Barcelona Unggul Terajui La Liga

Madrib – Barcelona kini menerajui La Liga untuk pertama kali sejak November dengan Lionel Messi, menyerlah dengan hatrik ke-32 untuk kelab ketika membenam kelab Rayo Vallecano 6-1, pada Ahad.

 

Sementara itu, penyerang kontroversi, Luis Suarez tidak ketinggalan dengan turut menjaringkan dua gol untuk kelabnya itu.

 

Manakala kelab Atletico Madrid, ketinggalan tujuh mata di belakang berbanding pendahulu, selepas hanya sekadar seri 1-1 menentang Valencia di Vicenter Calderon.

 

Real Madrid pula yang tewas kepada Athletic Bilbao pada Sabtu turut membantu Barca mengambil alih kedudukan teratas daripada Juara Eropah itu.

 

Luis Suarez tidak menunggu lama dengan memanfaatkan peluang sekaligus memulakan pesta gol Barca dengan berjaya menyumbang gol pertama kelabnya itu.

 

Gerard Pique menggandakan kelebihan tuan rumah selepas rehat, sebelum Messi menambah ketiga Barca menerusi sepakan penalti, menewaskan penjaga gol lawan, Cristian Alvarez.

 

Kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 orang apabila, Tifo dan Dani Valdes dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua akibat kekasaran.

 

Suarez melengkapkan kemenangan tuan rumah apabila menyambar hantaran Messi untuk gol kedua peribadinya, dan yang keenam untuk pasukan.

 

“Objektifnya ialah untuk menjadi pendahulu apabila musim berakhir.

 

“Saya selalu berkata pasukan besar akan kehilangan seluruh perjalanan musim ini dan ia akan terus berlaku, oleh itu kita perlu berhati-hati,” kata bos Barca, Luis Enrique.

 

Suarez telah menemui sentuhan jaringan baru-baru ini selepas permulaan lembab di Now Camp dan mulai tajam di depan gol lawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.