Lim Guan Eng Elak Jawab Berapa Jumlah Dibayar Kepada CRCC

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 9 Februari 2018

Media Cina melaporkan bahawa Lim Guan Eng enggan menjawab berapa banyak yang telah dibayar kepada CRCC dan apa kontrak kerja mereka yang sebenarnya sejak projek Terowong Pulau Pinang itu dianugerahkan 5 tahun yang lalu pada tahun 2013.

MCA telah berulang kali bertanyakan soalan ini kepada Guan Eng sejak beberapa hari yang lalu tetapi Guan Eng enggan menjawab.

Guan Eng kini menyoal mengapa MCA hanya berminat dalam pembayaran kepada CRCC dan tidak kepada 34 perunding lain.

Jawapannya mudah.

Sekiranya anda mendakwa bahawa CRCC masih menjadi kontraktor utama maka buktikan bahawa CRCC masih merupakan kontraktor utama – bukannya 34 perunding lain itu.

Mengapa anda tidak boleh membuktikannya? Anda berkata bahawa CRCC masih menjadi kontraktor utama, jadi buktikannya. Apa yang susah sangat?

Apa yang ditandatangani pada tahun 2013 mungkin tidak lagi sah hari ini. Sebagai contoh, BUCG juga menandatangani untuk menjadi sebahagian daripada projek itu tetapi mereka tidak lagi terlibat sekarang.

Begitu juga, CRCC mungkin telah menandatangani sebagai kontraktor utama tetapi untuk apa jua sebab, mereka mungkin bukan lagi kontraktor utama sekarang.

Jika hari ini, kedua-dua BUCG dan CRCC tidak lagi memainkan peranan penting atau sebarang peranan dalam projek Terowong Pulau Pinang seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada mulanya, maka kita akan ada masalah sebenar di tangan kita.

Adakah anda akan menyalahkan sesiapa jika orang mula berfikir bahawa projek ini sebenarnya adalah satu penipuan besar?

Orang ramai ingin tahu sama ada CRCC dan BUCG tidak digunakan sebagai alasan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan RM6.34 bilion kepada sebuah syarikat tempatan yang kecil dan lemah yang baru sahaja berusia 82 hari pada masa itu.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.