Video: Umno Sungai Besar Minta Jamal Lupakan Niat Letak Jawatan

SUNGAI BESAR – Umno Sungai Besar meminta Datuk Seri Jamal Md Yunos supaya melupakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian kawasan itu.

 

 

Ahli parlimennya, Budiman Mohd Zohdi berkata, pelantikan Jamal adalah dipilih oleh perwakilan dan pengundi.

 

 

“Ini pandangan peribadi saya dan saya minta dia (Jamal) supaya tidak meneruskan hasrat tersebut. Kerana semua kita di sini dipilih oleh perwakilan. Dipilih daripada cawangan.

 

 

“Kita juga (sekarang ini) nak berhadapan dengan pilihan raya, di dalam keadaan parti perpaduan parti berada dalam keadaan yang paling baik dan tinggi, seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku,”katanya pada majlis pelancaran akhbar Sungai Besar di sini, hari ini.

 

 

Katanya tidak akan berlaku perkara seumpama itu dan pihaknya kini tidak membenarkan isu perletakan jawatan tersebut berlaku.

 

 

“Takkan kita nak suruh perwakilan membuat undian semula,”katanya.

 

 

Ditanya mengenai pertemuan Jamal untuk menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, beliau berkata perkara itu biar diputuskan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu.

 

 

“Itu terpulang kepada Tan Sri Noh Omar untuk memutuskan perkara itu,”katanya.

 

 

Terdahulu, Jamal membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk meletak jawatannya dalam politik sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

 

 

Jamal turut menghantar surat perletakannya kepada Noh petang tadi.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.