Sami Buddha, Nasionalis Myanmar Bantah ‘Food Flotila For Rohingya’

YANGON ― Puluhan penunjuk perasaan antietnik Rohingya “menyambut” ketibaan kapal dari Malaysia sewaktu misi bantuan itu tiba di pelabuhan Thilawa hari ini.

 

Golongan nasionalis itu, termasuk sami Buddha, mengibarkan bendera Myanmar dan poster “tiada Rohingya”, etnik yang terpaksa melarikan diri akibat keganasan pasukan tentera.

 

“Kami mahu mereka sedar bahawa tiada etnik Rohingya di negara ini,” kata seorang sami daripada Kesatuan Sami Patriotik Myanmar kepada AFP.

 

Negara ini menafikan hak kewarganegaraan Rohingya, majoriti beragama Islam, walau sudah menetap di sini sejak turun-temurun.

 

Golongan nasionalis beragama Buddha menentang kuat etnik ini dengan mendakwa mereka pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh.

 

Kesengsaraan etnik ini bagaimanapun mendapat pembelaan kuat daripada Malaysia, yang kemudian menghantar kapal Nautical Aliya dengan 2,200 tan beras, ubat dan pakaian untuk dibawa ke negeri Rakhine.

 

Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mendedahkan pasukan keselamatan Myanmar terlibat merogol, menyeksa dan membunuh ramai Rohingya di wilayah tersebut. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.