PU Faiz Mohon Maaf, Selepas Hina PM Di Facebook

KUALA LUMPUR – Peserta program realiti TV, ‘Pencetus Ummah’, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli memohon maaf selepas didakwa menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

 

Menerusi status yang dikongsinya di laman Facebook turut menjelaskan tindakanya itu mungkin disebabkan kerana tidak berfikir panjang sehingga hilang tahap kewarasan dan kesabarannya.

 

“Dengan segala rasa kesal dan rendah dirinya hamba memohon maaf atas kelancangan status hamba yg dahulu terhadap PM Dato’ Seri Najib Tun Razak.

 

“Biasalah kita manusia berstatus apa pun kita tetap kita manusia biasa yang tidak terlepas dari turun naik jatuh bangunnya iman.

 

“Mungkin kesabaran hamba ketika itu hilang dek kerana pelbagai ujian yg mendatangi hamba yg tidak perlu hamba kongsi secara publik, mungkin kesabaran terhakis menyebabkan dengan tanpa berfikir panjang mengutuk PM Dato’ Seri Najib Razak Tun Razak dan para pengikutnya.

 

“Dengan ini hamba memohon maaf atas segalanya,”tulisnya.

 

Dalam pada itu, PU Faiz turut berkongsi gambar kenangannya bersama PM Najib sewaktu perasmian Yayasan Pondok 1 Malaysia pada tahun 2012.

 

Sementara itu, netizen turut memberikan komen mengecam tindakan Faiz.

 

Andak Sham berkata, “Terlajak kereta bolih reverse tapi terlajak kata sampai matipun org kan ingat… waima maaf lagu mana pun yg kamu minta… kesan ttp ada kesannya…. itulah manusia yg dijadikan olih allah berbeza dari nabi2dan rasul2 yg terpilih serta sahbt2 baginda… saw….wallahualam,”tulisnya.

 

“Setiap orang ada penyakit hati. Orang alim , org jahil, ahli ibadah , tok2 guru x dapat lari dr penyakit hati melaikan orng iklas ps Allah. Ramai orang tahu tp nak buat payah..malainkan tertawan oleh hawa nafsu dan setan,”tulis Mat Zin.

 

“Dah Nama pun Islam,kena jiwa dan cara hidup pun Islam derr…Baru aman,tak baik kutuk sana-sini dan apalagi mencerita buruk orang lain…Waima PM pun,”kata Rosmadi Mamat.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.