Messi Jalani Ujian Masalah buah Pinggang

Penyerang berbisa Barcelona, Lionel Messi mungkin terlepas perlawanan kedua separuh akhir Copa del Rey menentang Valencia 11 Februari ini selepas dia dihantar untuk menjalani ujian masalah buah pinggang.

 

Barcelona mengesahkan Messi menjalani ujian lanjutan mengenai masalah buah pinggang hari ini selepas ujian pertama dilakukan pada Disember lalu.

 

“Ujian perubatan mengambil masa selama dua hari minggu ini dan menjangkakan penyerang itu akan kembali berlatih bersama pasukan pada Khamis.

 

“Messi akan dihantar untuk menjalani beberapa ujian pada Selasa dan Rabu untuk menilai perkembangan masalah buah pinggang yang dialaminya pada Disember lalu,” menurut kenyataan rasmi kelab itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.