Mesir Nafi Polis Bunuh Pelajar Itali

MESIR – Kerajaan Mesir menafikan pihak polis terlibat berkaitan pembunuhan kejam seorang pelajar Itali dimana mayatnya ditemui di pinggir Kaherah bersama kesan deraan dibadan.

 

Menteri Dalam Negerinya, Magdy Abdel Ghaffar menafikan pelajar itu ditahan pihak polis.

 

Beliau juga sangat kecewa apabila terdapat tuduhan terhadap pihak polis yang kononnya membunuh mangsa tersebut.

 

Beliau berkata, Agensi Keselamatan Mesir amat telus dan berintegriti dalam menjalani perkara jenayah dan keselamatan negara.

 

Menurutnya lagi, pembunuhan pelajar itali itu disifatkan sebagai satu jenayah.

 

Terdahulu, mangsa, Giulio Regeni didapati hilang pada 25 Januari lalu ketika menjalankan kajian di Mesir.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.