Kanada : 6 Jet Tarik Keluar

OTTAWA – Kanada bakal menarik keluar enam jet miliknya yang terbabit dalam misi mengebom sasaran di Iraq dan Syria, kata Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

 

Ia sekali gus menamatkan peranan kontroversi Kanada dalam usaha menentang militan IS.

 

Kanada akan menamatkan misi pengeboman menjelang 22 Februari tetapi akan mengekalkan dua pesawat pengawasan dan juga pesawat pengisi minyak di rantau itu.

 

Ia turut menggandakan jumlah anggota yang melatih tentera Kurdis di utara Iraq kepada 200 berbanding hampir 70 pada masa ini. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.