Husam Boleh Dipecat Kerana Kritik Pucuk Pimpinan, Hentam Parti

KOTA BHARU – Bekas Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa boleh dikenakan tindakan tatatertib sama ada dilucutkan jawatan ataupun dipecat keahliannya dalam PAS.

 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian sebagai mengulas tindak-tanduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu yang kebelakangan ini kerap menghentam parti dan pucuk pimpinannya.

 

Menurut Takiyuddin, perkara tersebut kini berada dalam perhatian pihaknya untuk diambil tindakan susulan.

 

“Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti,” katanya dipetik dari laporan Bernama.

 

Amaran serupa pernah dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini susulan dakwaan Husam bahawa isu perlaksanaan hudud hanyalah mainan politik antara PAS dan UMNO.

 

Menurut Mohd Amar, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat pada 13 Februari ini.

 

Dewan Ulama PAS melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed pada November lepas turut mengeluarkan kenyataan keras menggesa Husam keluar dari PAS dan menyertai rakan-rakannya dalam parti Amanah Rakyat Negara (AMANAH).

 

Kenyataan Dewan Ulama PAS itu susulan kritikan demi kritikan secara terbuka oleh Husam terhadap corak kepimpimnan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS.

 

“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?,” kata Dr Mahfodz dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

 

“Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam Amanah,” ujarnya lagi. – SuaraTV

One thought on “Husam Boleh Dipecat Kerana Kritik Pucuk Pimpinan, Hentam Parti

  • February 14, 2016 at 9:41 am
    Permalink

    Daripada apa yang saya nampak, Datuk Husam ni ibarat sebagai seekor harimau yang cedera setelah dia tidak lagi dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Jika dia dilantik semula agaknya perangainya tidaklah seperti ini. Dengan tindakan beliau ini manusia pun boleh menilai sejauh manakah keikhlasan beliau selama ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.