Guru Sekolah Agama Parah Ditikam Anak

KUALA LUMPUR – Seorang guru sekolah agama cedera parah selepas ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di kediaman mereka di Desa Rejang di sini, malam tadi.

 

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, 49, yang juga guru wanita Sekolah Rendah Agama Al Amin, ditemui terbaring di lantai rumah di Jalan Rejang, Sri Rampai, dalam keadaan berlumuran darah oleh dua lagi anak lelakinya yang baru pulang dari taman permainan berhampiran.

 

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai berusia 21 tahun itu menghilangkan diri selepas kejadian.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya kini sedang mengesan suspek.

 

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu suspek terbabit di sekitar kawasan Setapak Jaya, Desa Rejang dan Seksyen 10, Wangsa Maju serta kawasan berhampiran,” katanya.- BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.